PBB santuni warga emas, perkukuh hubungan komuniti dengan program CSR Ramadan di PAWE Paya Jaras
March 16, 2025
PBB santuni warga emas, perkukuh hubungan komuniti dengan program CSR Ramadan di PAWE Paya Jaras

Seramai 150 warga emas di di Pusat Aktivit Warga Emas (PAWE) Paya Jaras menerima sumbangan bantuan keperluan asas menerusi inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Provident Banc Berhad (PBB).
Pengarah Urusan Provident Banc Berhad, Ravin Raghu Warren berkata, inisiatif ini sebagai usaha mengukuhkan komitmen pihaknya terhadap tanggungjawab sosial korporat dengan mempereratkan hubungan komuniti serta menyediakan bantuan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan.
“Di PBB, kami komited dalam memupuk budaya keprihatinan dan tanggungjawab sosial. Bulan Ramadan adalah masa untuk bermuhasabah, berkongsi rezeki dan memperkukuh perpaduan.
“Kami berbesar hati dapat menyumbang kepada warga emas dan keluarga mereka dengan memberikan bantuan keperluan asas seperti pek beras, botol minuman cordial dan pek kurma premiu serta dapat meluangkan masa dengan mereka. Kami berharap dapat meneruskan lebih banyak inisiatif CSR dan usaha ini demi memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya.

Pengarah Urusan Provident Banc Berhad, Ravin Raghu Warren (empat dari kanan) terus komited memupuk budaya keprihatinan dan tanggungjawab sosial demi perpaduan hidup bermasyarakat tidak kira bangsa dan agama
Dalam pada itu, jelas Ravin ini merupakan tahun kedua pihaknya menjalankan inisiatif CSR dan bakal merancakkan lagi bantuan sebagai usaha memberi kembali kepada masyarakat.
“Kami telah merancang untuk menjalankan misi ini ke kawasan lain juga dan hanya tertumpu kepada beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Pada bulan Ramadan ini kami telah memilih lima kawasan dan bantuan terbahagi kepada beberapa kelompok komuniti termasuk orang kurang upaya dan anak-anak yatim.
“Kami juga berhasrat untuk menyampaikan sumbangan beras kepada surau dan masjid tetapi masih lagi memperincikan lokasinya mengikut kesesuaian. Kami sasarkan jumlah penerima pada tahun ini diantara 500 sehingga 1000 orang” tambahnya lagi.
PBB juga turut merancang berkerjasama dengan mana- mana agensi bagi meluaskan lagi program CSR pada masa hadapan.
Sementara itu, PBB juga turut membantu memberi sumbangan berbentuk sumbangan kerusi roda kepada golongan kurang upaya.
“Tahun lepas kami telah menyumbangkan kerusi roda kepada PDRM dan sasaran kami pada tahun ini untuk menambah bantuan kerusi roda kepada golongan yang memerlukan” ujarnya lagi.
Provident Banc Berhad (PBB) (dahulu dikenali sebagai Zico Banc Berhad) adalah sebuah institusi kewangan bukan bank yang berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. PBB yakin dalam kemampuannya untuk merevolusikan sektor pembiayaan penjawat awam pada masa akan datang. PBB kini berhasrat untuk menawarkan pembiayaan peribadi patuh Syariah, khususnya kepada penjawat awam yang berkelayakan.