Provident Banc Berhad Tampil Santuni 150 Warga Emas, Tekad Bantu Golongan Yang Memerlukan
May 22, 2025
Provident Banc Berhad Tampil Santuni 150 Warga Emas, Tekad Bantu Golongan Yang Memerlukan
Program CSR yang dijalankan di bulan Ramadan itu disasarkan kepada beberapa kawasan antaranya Sungai Buloh dan kawasan lain di sekitar Lembah Kelang.

Institusi kewangan bukan bank, Provident Banc Berhad (PBB) menyantuni seramai 150 orang warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Paya Jaras dalam menyambut keberkatan bulan Ramadan baru-baru ini
Pengarah Urusan Provident Banc Berhad, Ravin Raghu Warren berkata sumbangan yang dihulurkan ini merupakan salah satu dari program khidmat masyarakat (CSR) pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.
"Ini merupakan antara program yang kami jalankan sejak tahun lepas, dan sumbangan yang diberi merupakan barangan asas seperti beras, kordial dan buah kurma untuk warga emas, anak-anak yatim, golongan asnaf dan kurang upaya.
"Dalam usaha berkongsi rezeki, kami terus komited memupuk budaya keprihatinan dan tanggungjawab sosial demi perpaduan hidup bermasyarakat tidak kira bangsa dan agama," katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Pengarah Urusan Provident Banc Berhad, Ravin Raghu Warren
PBB turut merancang untuk berkerjasama dengan mana- mana agensi bagi meluaskan lagi program CSR pada masa hadapan
Jelasnya lagi, program CSR yang dijalankan di bulan Ramadan tahun ini disasarkan kepada beberapa kawasan antaranya Sungai Buloh dan kawasan lain di Lembah Kelang.
"Kami juga berhasrat untuk menyampaikan sumbangan beras kepada surau dan masjid tetapi masih lagi memperincikan lokasinya mengikut kesesuaian.
"Kami sasarkan jumlah penerima pada tahun ini diantara 500 sehingga 1000 orang," ujarnya.


Terdahulu, PBB juga turut membantu memberi sumbangan berbentuk sumbangan kerusi roda kepada golongan kurang upaya.
"Tahun lepas kami telah menyumbangkan kerusi roda kepada PDRM dan sasaran kami pada tahun ini untuk menambah bantuan kerusi roda kepada golongan yang memerlukan," tambahnya lagi.
Sebagai rekod, Provident Banc Berhad (PBB) (dahulu dikenali sebagai Zico Banc Berhad) adalah sebuah institusi kewangan bukan bank yang berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
Sejak penubuhan kami pada 20 Disember 1991, PBB terus komited dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang inovatif dan berorientasikan pelanggan, bertujuan untuk membantu perniagaan dan individu dalam mencapai matlamat mereka.
PBB yakin dalam kemampuannya untuk merevolusikan sektor pembiayaan penjawat awam pada masa akan datang. PBB kini berhasrat untuk menawarkan pembiayaan peribadi patuh Syariah, khususnya kepada penjawat awam yang berkelayakan.
